Friday 11 March 2011

Definisi White Hat, BlackHat, GreyHat


Jika korang amat biasa dengan dunia perniagaan internet, tentu korang pernah dengar akan istilah White Hat, BlackHat, atau pun GreyHat. Topi putih, topi hitam dan juga topi kelabu taik anjing..haha..bagi sesape yang tak penah dengar tu, sudah semestinya korang bukan berada dalam dunia perniagaan internet yang sebenar. Kalau korang join e-dagang, yang untung berjuta tu, aku tak pasti sama ada ada diajar SEO atau kesemua teknik whitehat, blackhat mahupun greyhat sebab aku tak pernah pun join e-dagang yang didefinisikan oleh rakyat Malaysia sebagai perniagaan internet.
Jadi korang nak tahu ke apa yang maksud kesemua istilah tersebut ye? Sesape nak tau, sila angkat tangan…ya..masing-masing dah angkat ke belum? Kalau rasa nak baca apa dia..jom baca seterusnya

White Hat SEO – Optimisasi enjin carian adalah teknik yang beretika yang digunakan untuk mendapatkan kedudukan carian yang lebih tinggi. Teknik White hat SEO biasanya tidak melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Sumber
BlackHat
Black Hat SEO- merujuk kepada optimisasi enjin carian adalah teknik tidak beretika yang digunakan untuk mendapatkan kedudukan carian yang lebih tinggi. Teknik Black hat SEO biasanya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
GreyHat
Grey hat SEO – merujuk kepada gabungan teknik black hat dan juga white hat. Ia berada dipertengahan dan tidak terlalu agresif. Ada sedikit risiko melanggar terma dan syarat sesuatu program. Tetapi susah untuk menentukan dan membezakannya kerana ia juga mengandung teknik pemasaran yang beretika (white hat).

No comments:

Post a Comment